Monday, March 15

       >>AhLaN Wa sAhLaN iLa BuMi SyAm<<


JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN 

PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
PROSEDUR PERMOHONAN KE 

UNIVERSITI DI JORDAN
SESI AKADEMIK 2010/2011
1.
Setiap pemohon yang berhasrat 
untuk mengikuti pengajian di 
universiti di Jordan di peringkat ijazah 
pertama hendaklah memenuhi syarat
kelayakan minimum yang telah ditetapkan 
oleh Kementerian Pengajian Tinggi 
seperti berikut:

i.
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia 
(SPM) dengan memperoleh lima (5)
Kepujian dalam mata pelajaran 
berkaitan bagi semua bidang
pengajian kecuali perubatan 
dan pergigian di peringkat SPM;

ii.
Bagi program perubatan dan pergigian,
pemohon mesti memperoleh lima (5) 
Kepujian dengan mendapat 
sekurang-kurangnya 4B atau B 
(bermula SPM 2009) dalam mata pelajaran 
Sains dan Matematik di peringkat SPM;

iii.
Bagi program pengajian Islam dan Bahasa
Arab, pelajar diwajibkan memperoleh pangkat 
Kepujian di peringkat SPM dalam 
semua mata pelajaran berikut:


• Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
• Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
• Pendidikan Syariah Islamiah
2.
Tawaran kemasukan ke universiti dijangka
diumumkan pada bulan September 2010.
3.
Borang permohonan boleh didapati daripada:


Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan 

Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA


http://www.mohe.gov.my
4.
Setiap permohonan untuk kemasukan ke universiti
di Jordan perlu mengemukakan dokumen 
seperti berikut:

i.
Dua (2) salinan Borang KPT/JORDAN/2010 
(Borang Permohonan Dan Pendaftaran 
Pelajar Ke Universiti di Jordan);

ii.
Dua (2) sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab)
yang asal dan dua (2) salinan yang telah
disahkan;

iii.
Dua (2) terjemahan Sijil Lahir (Bahasa Arab)
yang asal dan dua (2) salinan yang telah 
disahkan;

iv.
Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir dalam 
bahasa Arab perlu dibuat di Institut 
Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut:


Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
Tel. : 03-4149 7210
Faks : 03-4149 1535

v.
Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir perlu
disahkan oleh Bahagian Konsular, 
Kementerian Luar Negeri di alamat
berikut:


Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra
Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel.:03-8887-4159
Faks.: 03-8889-2923

vi.
Lima (5) keping gambar warna 
berukuran pasport;

vii.
Tiga (3) salinan pasport Malaysia 
yang telah disahkan;
(Muka surat yang mengandungi 
maklumat pelajar);

viii.
Dua (2) salinan keputusan SPM 
yang disahkan;

ix.
Dua (2) salinan Kad Pengenalan 
yang disahkan;

x.
Dua (2) salinan pengesahan laporan
perubatan; dan

xi.
Bayaran pengurusan dan pendaftaran
sebanyak USD 40.00 bagi permohonan 
bidang perubatan ke Jordan University 
of Science and Technology dan bidang 
Pengajian Islam. Bayaran hendaklah
dibuat melalui bank draf atas nama 
Director, Malaysian Student Department
Jordan.

xii.
Kenyataan pengesahan borang yang
bersetem
5.
Borang-borang KPT/JORDAN/2010 serta
dokumen lain yang telah lengkap 
diisi hendaklah dikemukakan ke alamat
berikut sebelum atau pada 15 Mei 2010:


Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan

Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan 
bolehlah dirujuk kepada Unit Hal Ehwal Jabatan
Penuntut Malaysia, Bahagian Hal Ehwal 
Dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian 
Tinggi di talian 03-8883 5873.